Nutrien Untuk Ibu Yang Menyusu

Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan si ibu.

Berikut adalah nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusui bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya.

Multivitamin

Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Protein

Bayi memerlukan protein yang banya untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan protein berkhasiat setiap hari.

Vitamin C

Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusu bayi dan mengambil Vitamin C menunjukkan khasiat Vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusu bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan Vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit , gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B Complex

Vitamin B Complex merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk hormon pengeluaran hormon, pembentukkan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan Vitamin B Complex untuk menberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

Kalsium

40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Asid Lemak Omega 3

Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak.

Alfalfa

Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti Vitamin K, A, B1, B6, C, Kalsium, Zinc dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Labels: