Makanan Yang Dielakkan Semasa Berpantang Ceaserian

Saya melahirkan ketiga-tiga anak secara ceaserian, pelbagai cerita yang menakutkan jika tidak menjaga pemakanan semasa dalam pantang, ada jahitan yang terbuka, perut berair, luka tidak sembuh semua ini menyebabkan saya sentiasa berhati-hati dan menjaga pemakanan semasa dalam pantang supaya proses penyembuhan berlaku dengan cepat.

Untuk perkongsian kita bersama, antara makanan yang kita boleh elakkan semasa dalam pantang terutama mereka yang bersalin secara ceaserian ialah

Sayur-sayuran dan tumbuhan yang menjalar, sejuk dan berangin seperti kangkung, pucuk ubi, sayuran kekacang, timun, labu, petola yang boleh menyebabkan sakit tulang, lemah-lemah sendi dan sejuk pada otot. Biasanya di dalam pantang saya akan makan sayur sawi yang direbus sahaja dan dilebihkan bawang putih.

Buah-buahan yang perlu dielakkan ialah seperti tebu, belimbing, segala jenis pisang yang juga boleh menyebabkan sakit tulang, lemah sendi, angin dalam badan dan sejuk otot. Biasanya penyakit ini dikenali sebagai arthritis dan rheumatisme. Buah oren Sunkist boleh digalakkan makan tetapi ada sesetengah ibu yang tidak boleh sebabnya perut akan menjadi sebu. Rasa sikit dahulu kalau badan rasa lain macam lebih baik berhenti.

Sesetengah orang suka makan ikan masin atau ikan kering dalam pantang, tahukah anda selain tidak mempunyai khasiat, ia juga dipercayai boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering. Untuk pengetahuan semua ada yang bertanyakan saya, jika bersalin secara ceaserian adakah darah nifas masih keluar? Ya, darah nifas masih keluar sebagaimana mereka yang bersalin normal :)

Ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, pari sembilang dan parang, perlu dielakkan dikhuatiri boleh menyebabkan bisa pada pintu rahim. Sebaiknya ikan haruan segar menjadi pilihan semasa di dalam pantang, memandangkan ikan haruan sentiasa mendapat permintaan tinggi di pasaran agak payah untuk mencari di bandar2 besar mungkin anda boleh google atau survey di mana tempat yang sentiasa ada menawarkan ikan haruan. Saya akan syer menu masakan ikan haruan untuk next entry :)

Manakala ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru dan makanan laut boleh menyebabkan kegatalan kulit dan alahan serta menyebabkan luka pembedahan bernanah...ouchh ni antara kebimbangan saya semasa dalam pantang. Selain ikan haruan, ikan jenahak dan ikan merah biasanya saya akan makan selepas hari ke 20 atau 3 minggu selepasa bersalin.

Ayam biasa atau ayam bandar serta telur ayam perlu dielakkan sehingga 44 hari bersalin, tipsnya ialah makan secara sikit-sikit dahulu selepas 2 jam tengok ada sebarang perubahan atau tidak seperti tempat pembedahan terasa gatal atau tidak, jika ok anda boleh teruskan makan macam biasa itupun perlu berhati-hati.

Lebihkan pengambilan air masak suam semasa berpantang kerana jika kekurangan cecair badan boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman. Selepas pembedahan, risiko jangkitan kuman sering berlaku pada peparu, air kencing. luka dan darah beku dalam kaki. Bila minum banyak air anda akan kerap buang air kecil supaya kuman dapat dikeluarkan dari badan. Bagi mereka yang ceaserian sangat seksa untuk bangun baring, ada caranya untuk bangun supaya luka pembedahan tidak terlalu sakit. Minum air yang banyak juga bagus untuk ibu yang menyusukan bayi. Ibu perlu elakkan air berais, air sejuk, air berkarbonat, air tebu dan teh kerana ia boleh menyebabkan angin dalam badan serta kembung perut.

Cuba elakkan makanan berlemak, berminyak dan berkolesterol tinggi. Ibu dalam pantang digalakkan makan makanan yang direbus, kukus dan panggang lebihkan bawang putih dan lada hitam supaya badan sentiasa panas dan ringan juga buang angin dalam badan.

Daging lembu pula perlu dielakkan sehingga selepas kira-kira 2 minggu bersalin.

Pengambilan makanan seimbang penting untuk proses penyembuhan luka dalaman dan  luaran selepas melalui pembedahan. Proses penyembuhan luka memerlukan vitamin, zat dan protein yang cukup untuk mengembalikan tubuh sihat dan cergas kerana ibu yang bersalin juga perlukan tubuh yang sihat bagi menyusukan bayi mereka.

Bagi mereka yang mencari set ibu berpantang dengan harga yang berpatutan boleh hubungi saya.

Mencari Menu Berpantang Caeserian, boleh klik Menu Berpantang


Bagaimana Vitamin Shaklee Membantu bagi mereka yang ada




Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.



Sembelit Dalam Pantang



Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.



Kitaran Haid Yang Tidak Teratur



Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.


Selalu Letih Dan Lesu


Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on
Vimeo.


Hilangkan Parut Chicken Pox



Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.


Anemia Semasa Hamil



Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


Sering Mengalami Gastrik




Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.

Ibu Yang Panik Nak Tambah Susu Badan



Ibu Yg PANIK Nak Tambah Susu Badan; Hingga Sanggup.... from iReach HD on Vimeo.



Anak Premature, boleh tengok video ini



Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Anak yang kurus keding dan selalu tidak sihat, boleh tengok video ini



Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.


Ibu Yang Menyusu, boleh tengok video ini







Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

Labels: