Sambal Ikan Tenggiri Masin Pembuka Selera


Bangun sahur takde selera, makan pun sikit je macam mana nak bertenaga sepanjang berpuasa di siang hari. Terutamanya ibu yang mengandung dan menyusukan.

Saya akan kongsikan resepi Sambal Ikan Tenggiri Masin yang menjadi kegemaran kami seisi keluarga, sambal ini anda boleh simpan di dalam peti sejuk, yang penting cara memasaknya perlu lama.

Bahan-bahan yang diperlukan

Cili Api
Ikan Masin Tenggiri (boleh juga kalau nak masak daging atau hati ayam)
Bawang Besar
Bawang Putih
Limau kasturi







Cara-cara menyediakan

1. Kisarkan cili api sehingga halus, berapa banyak terpulang kepada anda, menurut petua mak saya tangkainya masukkan sekali untuk elakkan sakit perut.

2. Bawang besar dihiris bulat

3. Bawang putih di tumbuk halus 


Cara-cara nak memasak 

1. Gorengkan Ikan Masin Tenggiri, sehingga naik baunya dan asingkan.

2. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik baunya dan kemudian masukkan cili api yang telah dikisar, biarkan ia masak dengan api yang sangat perlahan

3. Masukkan Ikan Masin Tenggiri yang telah digorengkan tadi, saya suka pecahkan ikan tersebut baru tak berebut bila makan nanti :)

4. Masukkan bawang besar yang telah dihiris bulat-bulat tadi.


Apabila sambal dah kelihatan pekat dan masak boleh lah anda perahkan limau kasturi ke dalam sambal tersebut dan tutup api.

Sejukkan dan bolehlah anda masukkan dalam tupperware untuk disimpan dalam peti sejuk, esok pagi masa sahur boleh lah mencuba sambal yang simple tapi menyelerakan, untuk permulaan rasanya mungkin agak pedas sedikit dan terus hilang  rasa mengantuk. 


Selamat Menjamu selera


Vitamin Shaklee yang sering mendapat permintaan semasa bulan puasa ialah Set Mighty Gem.



Labels: ,