Tips Elakkan Gastrik Semasa Bulan Puasa Dengan Shaklee




Anda diserang Gastrik semasa bulan puasa? Tapi itu bukan alasan untuk anda tidak berpuasa. Paling penting ialah jaga pemakanan kerana tidak semua makanan boleh diambil terutama ketika berbuka puasa.


Antara minuman yang perlu dielakkan semasa berbuka ialah yang mengandungi kafein seperti kopi atau teh, elakkan juga minuman bergas. Ia bagi mengelakkan perut terkejut dan meransang saraf supaya mengaktifkan penghasilan jus gaster yang berlebihan yang meningkatkan paras asid sehingga meyebabkan pedih hulu hati, gastrik dan ketidakselesaan perut berlaku.


Tahukah anda bahawa kafein juga bertindak menyingkirkan kalsium dari tubuh selain mengundang rasa lapar.


Sepanjang bulan Ramadhan kali ini pada waktu sahur saya akan mengambil minuman ESP, Cinch dan Cinch Tea  Energy, antara kesannya ialah angin dalam badan berkurangan, tiada masalah sakit kepala berbanding jika tidak mengambil kombinasi minuman tersebut seperti tahun-tahun sebelum ni. Saya merupakan pesakit gastrik.





Bagi anak-anak yang berpuasa terutamanya yang bersekolah dari pagi hingga petang saya galakkan untuk mengambil Set Mighty Gems






Selepas waktu berbuka atau selepas solat Maghrib saya akan mengambil 5-6 biji Alfalfa untuk detoks dan keluarkan angin dalam badan, selepas beberapa minit "confirm" segala angin keluar. Tak percaya? Apakata anda cuba :)




Alfalfa Shaklee ada dalam 2 saiz, 330 biji dan 700 biji.


Dari blog Dr Zubaidi juga menyarankan beberapa tips untuk mengelakkan Perut Kembung atau Bloated Selepas Berbuka Di Bulan Ramadhan


Kembung perut disebabkan pengumpulan gas di dalam perut dan usus besar. Ia berlaku kepada hampir semua individu bergantung bagaimana dia makan dan apa yang dia makan.


Cara mengelakkan perut kembung selepas berbuka ialah


1. Jangan makan secara berlebihan sehingga terlalu kenyang. Makan dalam jumlah yang kecil dan boleh diulang semula selepas solat Maghrib dan terawikh.


2. Kurangkan makanan yang banyak lemak atau pedas. Makanan yang berlemak menyebabkan perut terpaksa bekerja lebih untuk menghadamkannya. Pedas pula akan meningkatkan asid dalam perut.


3. Jangan makan dengan cepat atau terlalu gelojoh. Minum air dahulu dapat menyediakan perut untuk bekerja semula setelah berehat ketika puasa. Makan secara perlahan-lahan. Walaupun kita makan sedikit, rasa kenyang dapat dirasakan selepas 20 minit mula makan. Biasanya anak-anak yang tak sabar untuk makan dan minum, kita sebagai orang dewasa sebaiknya tunjuklah contoh yang baik untuk anak-anak :)


4. Banyakkan makan buah-buahan seperti kurma, pisang dan tembikai untuk memudahkan penghadaman.






Promosi Vivix masih berlangsung dapatkan beberapa penjimatan hebat, keahlian Shaklee percuma, segera hubungi saya.







Labels: , , , ,