Tip Mengelak Sembelit Semasa Bulan Puasa


Alhamdullilah hari ini dah masuk hari ke 7 kita berpuasa dan mungkin ada dikalangan kita yang mengalami masalah sembelit atau masalah membuang air besar dengan kerap. Dan ini akan mengganggu urusan harian kita, perut rasa sebu, angin banyak dalam badan dan yang paling tak seronok kita diserang sakit kepala semasa bulan puasa. Bila dah sakit kepala satu kerja pun tak dapat nak buat.




Entri kali ini saya akan kongsikan Tip Mengelak Sembelit Semasa Bulan Puasa, semoga ia memberi manfaat kepada kita semua.


Antara punca kita mengalami masalah sembelit ialah sudah semestinya kita kurang minum air, kurang mengambil makanan yang berserat serta makan banyak makanan terproses.


Sekiranya kita mengalami masalah sembelit, kita perlu tingkatkan pengambilan air, buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan kita mengambil 6 - 8 gelas air, 3 hidangan sayur-sayuran dan 1/2 cawan sayur-sayuran serta 2 biji buah sehari.


Pengambilan air juga boleh dimabil dalam bentuk jus buah-buahan ataupun sup sayur-sayuran. Untuk mengelakkan kehilangan air dalam badan, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat. Kurangkan pengambilan makanan segera yang tinggi kandungan lemak dan garam.


Selain itu, kita juga boleh lakukan senaman ringan seperi regangan dan berjalan. Errk berjalan pun tak larat? Aik yang uolls dok pergi Bazar Ramadhan berjalan 3 - 4 pusingan tu larat pulak ya hehe. Jangan marah ya, bulan puasa kena manahan sabar :). Sebab apa kita perlu buat regangan dan berjalan, ini adalah untuk kelancaran sistem penghadaman.


Penjagaan pemakanan kita semasa bulan Ramadhan ini memang penting, cuba elakkan makanan bergoreng, makanan yang terlampau pedas dan makanan mengandungi gula yang terlalu banyak seperti gula-gula kerana boleh mengakibatkan ketidakcernaan makanan, pedih hulu hati (heartburn) dan masalah berat badan.


Saya dah cuba buat semua perkara di atas tapi masih mengalami masalah sembelit, dah 4 hari berpuasa pun masih tak membuang, macam mana ya? Saya cadangkan uolls mengambil suplemen Herblax Shaklee sebelum tidur untuk membuang toksin.


Tip Mengelak Sembelit Semasa Bulan Puasa

Manfaat Utama Herb-Lax 


# Pembersihan najis yang tersekat

# Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita

# Membantu masalah sembelit

# Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit

# Mengempiskan perut

# Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan kepada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.


Vitamin lain yang membantu semasa anda berpuasa ialah Performance Drink, ESP Shaklee dan Mealshakes.





Yang penting makanlah secara sederhana dan amalkan diet yang seimbang kerana kedua-duanya penting dalam mengekalkan kesihatan yang baik terutamanya di bulan puasa. Kita perlu minum air dan jus yang mencukupi antara waktu berbuka dan sahur bagi mengelakkan dehidrasi ( kekurangan air).


Bulan puasa bukan bulan pesta makanan semata-mata dalam melayan nafsu makan. Ia akan menjadi salah satu faktor penyumbang kepada masalah penghadaman dan seterusnya menjadi punca segala penyakit kepada diri sendiri.


Semoga puasa kita kali ini lebih baik dari sebelumnya.


Bagi anda yang ingin mendapatkan vitamin Shaklee boleh hubungi saya


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Labels: