Tip Dan Amalan IbuBapa Untuk Anak-Anak Menghadapi Peperiksaan





Sumber Google


Pada saat entri ini ditulis tinggal lagi beberapa hari lagi anak-anak akan menduduki peperiksaan UPSR dan anak saya salah seorang calon yang akan mengambil UPSR dan PT3 pada tahun ini. Sedikit sebanyak tahun ini agak mencabar buat kami sekeluarga , stress? of coz stress tapi kita kena pandai uruskan stress kita tu supaya tak melarat contohnya makan B Complex jadinya kita rasa lebih tenang,  umur dah masuk 40an ni kena jaga kesihatan jantung kita. 


Anak-anak pun setiap hari sibuk dengan kelas tambahan samada di sekolah atau pusat tusyen yang mana anak-anak ini perlukan tenaga dan setiap hari mereka memang kepenatan dan tugas kita sebagai ibubapa memujuk anak-anak agar bersabar dalam menuntut ilmu. Selain itu mereka juga perlukan makanan yang berkhasiat agar kesihatan mereka dalam keadaan yang optimum. Saya sendiri menggalakkan mereka makan Vitamin Shaklee yang bersesuaian dengan umur mereka seperti Chewable Vitamin C, Omega, Mealshakes, Vitalea For Kids dan Performance Drink.




Saya tidak nafikan sebagai seorang ibu saya memang risau, bimbang apabila anak-anak menghadapi peperiksaan besar, walaupun mungkin ada ibubapa yang tidak kisah tentang anak-anak nak exam. Kita dah berusaha dengan membimbing, menghantar anak ke sekolah dan kelas tambahan, kita dah menjaga makan minum mereka , kesihatan mereka, kita dah memberi kata-kata semangat untuk anak-anak, sebaik-baiknya kita berdoa dan berserah kepada Allah agar anak-anak kita diberi ketenangan semasa menjawab soalah peperiksaan, dapat menjawab soalan dengan baik dan dipermudahkan urusan mereka. Saya akan kongsikan beberapa amalan yang kita sebagai ibubapa boleh dilakukan semasa anak-anak menghadapi peperiksaan.


Amalan IbuBapa Semasa Anak Menghadapi Peperiksaan






Doa adalah senjata mukmin, beruntunglah kita sebagai umat Islam dan bersyukurlah kerana dikurniakan Islam dan Iman kepada kita. Sebagai ibubapa kita digalakkan untuk sentiasa berdoa untuk kejayaan anak-anak kita. Amalan yang boleh dilakukan oleh IbuBapa semasa anak sedang menghadapi peperiksaan ialah 


1. Ambil wudhuk

2. Sambil Menghadap Kiblat, 

Baca Kalimah Syahadah (3x)



3. Baca Surah Al Fatihah (10x)


4. Baca Surah 3 Qul (1x)



5. Baca Surah Insyirah (1x)




6. Baca Selawat (10x)



7. Baca Surah Yassin (1x)



8. Baca Surah Insyirah (100x)

Niat di dalam hati agar Allah SWT memudahkan anak-anak menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna. Selain itu, boleh juga amalkan dengan berpuasa Sunat dihari anak sedang menduduki peperiksaan.


Ibu juga boleh bekalkan air minuman anak dengan dibaca :



Tip Dan Amalan IbuBapa Untuk Anak-Anak Menghadapi Peperiksaan

Kemudian teruskan dengan bacaan doa ini ...


Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq, Ya Allah permudahkan anakku (nama Anak) di dalam urusannya menimba ilmu di atas seruan dan perintah Mu .. Tenangkanlah hatinya untuk menerima ilmu Mu, lapangkanlah jiwanya untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah dirinya dengan rahmat Mu ... Amin Ya Rabbal Alamin


Sama-sama kita berdoa semoga anak-anak kita berjaya di dalam peperiksaan dan menjadi aset yang berharga samada di dunia mahupun di akhirat. Semoga amalan kita dapat memberikan ketenangan kepada anak-anak yang sedang berjuang di dalam dewan peperiksaan. Amin.

Jangan lupa doakan juga kejayaan kepada anak-anak sahabat kita.

Labels: