Penyakit Popular Yang Menyerang Lelaki


Siapa yang nak sakit, semua orang nak sihat. Bila kita tak sihat kita tidak dapat jalankan rutin harian kita, nak berkerja, nak beribadat, rasa tersekat betul tak? Jom kita tengok penyakit popular yang menyerang lelaki dan orang lelaki memang susah nak makan vitamin selagi mereka rasa diri mereka "sihat" :)


Sakit Jantung




Serangan sakit jantung berlaku apabila terdapat kerosakan pada otot jantung ekoran daripada pengurangan pengaliran darah yang membawa oksigen dan nutrien kepada sel-sel jantung. Ia biasanya bermula apabila terdapat satu plak bekuan kolesterol yang tertanggal daripada dinding saluran darah dan tersangkut pada bahagian kapilari darah yang lebih sempit dan akhirnya menyebabkan pengaliran darah tersumbat. Apabila sel-sel otot jantung kurang bekalan makanan dan oksigen, ia akan menjadi semakin merosot dan akhirnya mati dan berhenti berfungsi. Keadaan seperti itu akan menyebabkan serangan sakit jantung secara tiba-tiba.


Punca

Keturunan, tekanan, merokok, alkohol, kurang aktiviti senaman, masalah kegemukan dan tabiat pemakanan yang tidak sihat.


Penyakit Sekatan Pernafasan Kronik (COPD)




Penyakit ini bukan sekadar batuk perokok. Antara simptom COPD yang paling ketara adalah nafas tercungap-cungap, pengeluaran kahak yang keterlaluan dan batuk yang kronik lebih dari sebulan.


Punca

Ia berpunca daripada peningkatan tindak balas keradangan tisu paru-paru akibat pendedahan berpanjangan kepada pencemaran udara, asap rokok, penggunaan ketuhar dan pemanas kayu atau arang batu dalam rumah


Kencing Manis




Penyakit kencing manis atau diabetes merujuk kepada satu golongan penyakit yang mempengaruhi bagaimana badan mengawal gula atau glukosa darah. Jika seseorang itu mempunyai kencing manis, tidak kira apa jenisnya bermakna dia mempunyai terlalu banyak glukosa yang terapung di dalam darahnya. Keadaan kencing manis jenis yang serius ada kencing manis jenis 1 dan 2.


Punca

Seringkali dikaitkan dengan pengumpulan asid yang banyak di renal. Rembesan insulin yang kurang daripada pankreas yang tidak terkawal disebabkan oleh gaya pemakanan yan tidak sihat.


Strok




Serangan strok berlaku apabila salah satu saluran darah utama di otak tersumbat. Saluran darah yang membeku atau pecah akan menyebabkan pemberhentian bekalan darah kepada sel-sel otak yang akhirnya menyebabkan kematian tisu saraf otak yang mengawal fungsi badan tertentu. Serangan strok biasanya tidak membawa apa-apa rasa sakit sebelum serangan berlaku. Ia berlaku secara tiba-tiba dan pesakit itu akan pengsan kemungkinan besar menjadi lumpuh pada bahagian tertentu badan.


Punca

Tekanan darah tinggi, merokok, kencing manis, kolesterol dan obesiti


Kanser Pankreas



Pankreas adalah organ dalam perut yang terletak secara horizontal dan di dalamnya terdapat sel eksokrin pankreas yang menghasilkan cairan pencernaan. Manakala sel endokrin pankreas menghasilkan hormon insulin dan glukagon yang mengatur tingkat gula darah dalam tubuh. Kanser pankreas ialah sel yang bersifat kanser terbentuk di dalam pankreas.

Punca

Merokok, diabetes, faktor genetik, radang atau infeksi pada pankreas dan obesiti


Tekanan Darah Tinggi



Tekanan darah tinggi atau hipertansi adalah keadaan cairan darah dalam tubuh menekan dindig arteri dengan cukup kuat hingga menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung. Tekanan darah ditentukan dengan jumlah darah yang dipam oleh jantung.


Punca

Usia, genetik, obesiti, tidak bersenam, merokok, banyak garam dalam tubuh, sedikit vitamin D dalam darah, terlalu banyak minum alkohol dan tekanan.


Obesiti





Obesiti dapat ditakrifkan sebagai seseorang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Dalam erti kata lain, obesiti ialah berat badan yang tidak ideal dengan ketinggian.

Punca

Genetik, kerosakan salah satu bahagian otak, pola makan berlebihan, kurang bersukan, pengaruh emosi dan lingkungan persekitaran.


Kanser Prostat



Kanser prostat adalah suatu tumor ganas yang tumbuh di dalam kalenjar protat. Penyakit ini biasa menyerang  lelaki berusia 70 tahun ke atas. Kanser prostat jarang menyerang lelaki yang berusia di bawah umur 40 tahun.


Punca

Penyebabnya tidak diketahui, namun beberapa penelitian  ada menunjukkan hubungan  antara diet, tinggi lemak dan peningkatan kadar testosteron.


Batu Karang



Batu karang atau renal stone membawa maksud terdapat batu di buah pinggang atau salur kencing seseorang. Batu ini terbentuk apabila terdapat mendakan mineral di dalam air kencing. Selalunya kaum lelaki lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini, namun kaum wanita juga tidak terkecuali.


Punca

Kurang air, genetik, penyakit sistinuria, kencing manis, darah tinggi, masalah hiperurisemia, kesan sampingan ubat, pemakanan dan kurang bergerak.

Gout



Gout adalah sejenis penyakit disebabkan asid urik berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi penghidap gout , asid urik yang yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.


Punca

Pengambilan makanan yang mengandungi banyak nukleus (daging, ginjal, limpa, jantung) kekacang dan makanan laut, kerang, udang, sotong dan sebagainya. Mengalami penyakit kulit yang sentiasa mengelupas dan kering serta menghidap penyakit darah yang berlebihan.


Sumber : Majalah Rapi


Bagaimana Omega Guard Shaklee Boleh Membantu Mengatasi Masalah Yang Kita Hadapi?









Kebaikan Omega Guard Shaklee Yang Perlu Anda Tahu

Melindungi Jantung Anda
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak Omega 3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal


Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak Omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronori.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
Omega Guard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan


Ingin tahu lebih lanjut kebaikan Omega Guard Shaklee, sila klik Testimoni Omega Guard

Shaklee dengan berbesar hati pada bulan ini telah menawarkan pembelian Omega Guard dengan harga yang sangat berbaloi




Sila hubungi saya dengan segera untuk tawaran hebat ini

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Labels: