Tip Dan Panduan Bagi Mereka Yang Ingin Cepat Hamil




Mengandung merupakan antara pengalaman terindah dalam hidup kita yang bergelar wanita. Tetapi tidak semua berpeluang mengandung selepas bernikah, ada yang lewat dan ada juga tidak berpeluang untuk mengandung hingga akhir hayat. Kekecewaan didatangi haid, tekanan daripada keluarga dan saudara mara membuatkan anda semakin lemas dan rasa seperti tak nak jumpa sesiapa.


Sebelum saya kongsikan tip dan panduan bagi mereka yang ingin  cepat hamil, saya kongsikan bagaimana kehamilan terjadi. Setiap pertengahan bulan, telur akan dikeluarkan oleh ovari. Sekiranya dalam waktu ini anda dan suami berhubungan, sperma akan berenang ke dalam rahim dan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Mungkin dengan lebih memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor-faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.


Tip Dan Panduan Bagi Mereka Yang Ingin Cepat Hamil


Berjumpa dengan Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G)

Sebagai seorang wanita yang bakal menhandung bayi selama sembilan bulan di dalam rahim, anda perlu memastikan kesihatan sentiasa baik. Jangkitan penyakit boleh mengganggu perkembangan bayi di dalam kandungan. Doktor yang merawat akan memeriksa samada anda bebas daripada jangkitan rubella, demam campak, hepatitis B, hepatitis C, HIV dan siplis. Doktor juga akan memeriksa kandungan  darah. Kumpulan darah dan faktor Rh. Sebagai seorang bakal ibu, anda juga perlu maklumkan kepada doktor jika anda atau pasangan ada mengambil sebarang ubatan, yang mungkin boleh mengganggu perkembangan sperma atau telur.


Ambil Ujian Sperma dan HSG

Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencua selama setahun untuk mengandung, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat.


Amal Pemakanan Yang Seimbang



Wanita yang merancang untuk mengandung perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang mengikut keperluan. Anda perlu mengambil banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Pemakanan yang seimbang penting terutama bagi wanita yang mempunyai masalah ovulasi. Ini kerana masalah ovulasi mempunyai kaitan dengan PCOS yang menyebabkan wanita sukar hamil.


Ambil Vitamin Setiap Hari





Tha National Health and Medical Research Council (NHMRC) di Australia menyarankan wanita yang merancang untuk hamil perlulah mengambil 0.5mg asid folik sebagai makanan tambahan sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mengandung. Asid folik boleh membantu mengurangkan risiko janin cacat. Suplemen lain mungkin tidak perlu diambil ketika ini kecuali multivitamin yang boleh memberi kebaikan  tubuh yang sihat terutama ketika ovulasi. Suami pula disaran untuk mengambil suplemen zink dan Vitamin E untuk meningkatkan pengeluaran sperma.


Kawal Pengambilan Kafein



Kandungan kafein yang tinggi dikatakan boleh mengganggu kesuburan wanita. Walaupun tiada bukti yang kukuh tentang ini tetapi lebih baik anda kurangkan mengambil kafein dalam pemakanan seharian. Jangan mengambil lebih dari dua cawan kopi dalam sehari jika anda benar-benar berhasrat untuk mengandung. Kafein bukan sahaja wujud dalam kopi semata-mata malah ada juga wujud di dalam makanan lain seperti coklat dan minuman kola.


Periksa Berat Badan Ideal



Berat badan turur mempengaruhi kesuburan. Jika anda berada dalam kumpulan terlalu kurus atau terlalu besar, ia boleh menjejaskan peluang untuk segera hamil. Gunakan kalkulator Body Mass Index (BMI) untuk mengira samada berat badan anda ideal atau tidak. BMI diantara 20 - 24 menunjukkan berat normal.


Bersenam Secara Konsisten




Berjalan, bermain tenis dan sukan lain yang sederhana adalah senaman yang baik untuk mengekalkan kecergasan. Selain itu bersenam juga mampu melancarkan peredaran darah dan memberi kesan kepada kesuburan. Walau bagaiamanapun , jika anda telah disahkan mengandung, jangan melakukan senaman lebih dari empat kali seminggu.


Ketahui Waktu Subur Anda

Persenyawaan hanya berlaku ketika waktu subur. Jadi anda perlu tahu waktu subur anda kerana setiap individu mempunyai waktu subur yang berlainan. Hari subur anda cuma empat hingga lima hari dalam sebulan. Jika mengadakan hubungan intim ketika waktu subur peluang untuk mengandung dengan segera amat cerah. Namun, waktu subur ini hanya berkesan jika anda mempunyai kitaran haid yang teratur. Catatkan BBT (suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda-tanda ovulasi seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih cepat.

Tingkatkan Hubungan Seks

Posisi yang tepat ketika hubungan intim. Ramai pakar kesuburan yang berpendapat bahawa posisi lelaki di atas ketika  mengadakan hubungan intim memberikan peluang terbaik untuk segera hamil. Ini kerana wanita boleh menerima kehadiran sperma dengan lebih banyak. Wanita digalakkan untuk berada dalam posisi yang sama selama 20 minit selepas ejakulasi. Jangan bergerak dahulu kerana sperma yang telah masuk akan mengalir kembali ke vagina. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks tiga hingga empat kali seminggu  adalah disarankan terutama pada hari yang subur.

Kurangkan Tekanan

Tekanan atau stres boleh membawa penyakit begitu juga jika anda sedang mencuba untuk segera hamil. Hidup pasti tidak dapat lari daripada stres tetapi cara menangani stres yang penting yang perlu difikirkan. Tekanan yang berlebihan boleh mengganggu tahap kesuburan seseorang tidak kira lelaki atau wanita. Cuba buat aktiviti-aktiviti ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti bercuti atau membeli belah.


Bagaimana GLA Shaklee Boleh Membantu Kesuburan Anda


Membantu mengatasi kitaran haid yang tidak teratur dan mereka yang selalu mengalami masalah senggugut

Membantu dan mengawal ketidakseimbangan hormon wanita sebagai langlah utama untuk menggalakkan kesuburan

Boleh membantu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang menghalang proses kehamilan

GLA Complex juga membantu tubuh menghasilkan "cecair" untuk memerangkap sperma terus hidup sehingga 5 hari dalam tiub fallopio.


Untuk melengkapkan vitamin yang boleh diambil bagi meningkatkan tahap kesuburan, kami menawarkan Set Kesuburan Shaklee dengan harga mampu milik.




Bulan ini juga Shaklee menawarkan pembelian GLA Complex Shaklee dengan harga promosi. Testimoni mereka yang berjaya dengan Set Kesuburan Shaklee.






Hubungi Saya SID Shaklee Anda

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Labels: