Punca Jerawat Dan Cata-Cara Nak Hilangkan Jerawat



Jerawat .... ramai yang fobia dengan masalah jerawat dan biasanya berlaku apabila perubahan hormon contohnya apabila memasuki usia baligh. Ada yang mengalami dibahagian dahi sahaja, ada yang dibahagian pipi atau dagu dan ada juga yang mengaami jerawat dibelakang badan atau hampir diseluruh muka,

Ia menyebabkan kita rasa rendah diri, malu nak berkawan, pendekata macam-macam rasalah. Tapi takkan kita nak biarkan sahaja, kita kena cari dulu penyelesaian dari dalam dulu sebelum kita cuba semua produk kecantikan kulit yang berada di pasaran. Sebelum itu mari kita lihat dulu ...

Punca-punca Jerawat Dan Seterusnya Bagaimana Kita Nak Hilangkan Jerawat.


1. Perubahan Hormon

Apabila berlaku perubahan hormon semasa memasuki usia remaja, mengandung atau datang haid, menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormon dalam badan. Iaitu hormon androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita. Kebiasaaannya awal seminggu sebelum kedatangan haid sehingga seminggu selepas habis haid. Jerawat akan mudah naik. Ketidakstabilan hormon ini kadangkala terkawal dan kadangkala tidak terkawal sehingga masalah ini berlanjutan. Majoritinya dari usia belasan tahun, awal 20an hingga 40an. Selain daripada itu penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.


2. Tekanan (Stres)

Siapa yang tak mengalami stres, kanak-kanak je yang tak stres. Betul tak? Apa yang boleh kita buat ialah uruskan stres kita, sebab bila kita stres jerawat memang akan berlumba-lumba keluar. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah. Tekanan ada dua jenis iaitu emosi dan fizikal.

- Tekanan fizikal

Bersukan tanpa rehat yang cukup
Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
Jadual seharian yang sangat ketat
Merokok atau pengambilan dadah


Tekanan Emosi

Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
Masalah hubungan atau masalah keluarga
Tekanan kerja atau study


3. Pemakanan

Pemakanan yang tidak seimbang seperti kekacang, fast food, makanan yang bergoreng, berminyak, seafood (udang, ketam, sotong. kerang) budu, belacan. Makanan yang berlemak.


4. Toksin

Adakah anda seorang yang tidak pernah buang toksin sehingga umur 30 tahun bayangkan dah bertimbun-timbun toksin dalam badan. Jika sistem semulajadi tidak mampu membuang toksin yang terkumpul dalam badan. Ia akan menyebabkan kulit anda kusam, berjerawat dan pelbagai masalah lagi yang timbul.


5. Faktor Genetik

Faktor genetik juga memainkan peranan yang menyebabkan masalah jerawat terutama kepada orang Asia. Dan ini adalah salah satu faktor ubat jerawat sangat laku di negara Asia.


6. Allergi atau Alahan

Allergi atau Alahan kepada produk kecantikan kulit seperi komestik, foundation, menukar krim pencuci muka atau menukar krim wajah yang ada bahan-bahan chemical yang tidak sesuai dengan kulit wajah. Tidak membersihkan make up dengan betul sebelum tidur yang menyebabkan liang roma tersumbat.


7. Persekitaran Dan Pencemaran

Bagi kita yang tinggal di bandar-bandar besat, kita terdedah kepada asap  dan bahan kimia yang dibebaskan oleh kilang-kilang. Kesan dari asap dan bahan kimia ini menyebabkan liang roma  tersumbat dan menyebabkan inflamasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.


8. Jangkitan Pada Kulit Dan Resdung

Kuman (bakteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kalenjer sebum kulit anda dan menyebabkan jerawat. Sebab tu tangan tu jangan gatal-gatal nak picit jerawat kerana ia akan menyebabkan kuman di dalam kulit tersebar di kawasan berdekatan dan jerawat baru pula akan muncul.

9. Perubahan Cuaca

Perubahan cuaca serta cuaca yang panas juga adalah salah satu faktor jerawat akan keluar.





Kedudukan Jerawat


Cuba kita tengok cermin kat kawasan mana yang jerawat kita banyak berkumpul, dengan panduan bergambar seperti di atas mungkin dapat membantu masalah yang kita hadapi.


Dahi

Haba badan yang melampau, peredaran darah yang tidak baik. Minda dan badan mungkin terlampau stres atau letih. Sebaiknya dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air dengan banyak.

Hidung

Jerawat dibatang hidung menandakan tulang belakang kita mungkin bermasalah. Dihujung hidung menandakan kesan haba perut yang melampau dan sistem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi.

Dagu

Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman lemah). Kaum wanita mudah mendapat jerawat di bahagian dagu mungkin disebabkan perjalanan haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Pipi Kiri

Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

Pipi Kanan

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.

Pada Badan  (Depan Dan Belakang Badan)

Sistem perkumuhan yang bermasalah, masalah sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan sebaiknya ikut piramin makanan bagi memastikan toksin tersingkir dari badan.


 Vitamin Kecantikan Kulit Shaklee




Setiap pembelian saya akan guide cara-cara untuk makan. Dan setiap set ada sesuatu yang menarik menanti anda :) Klik SINI


Your trusted Shaklee SID

010-2995619




Labels: