Paras Kolesterol 9.6 Juta Rakyat Malaysia Tinggi - Shaklee Shah Alam




Suatu fakta yang menakutkan tapi dalam masa yang sama masih kurang rajin nak jaga kesihatan sepatutnya bulan Ramadhan ni lagi kita boleh kawal pemakanan kita tapi kita terleka dengan juadah berbuka puasa yang beraneka jenis yang semuanya kita nak sumbat dalam badan kita. 

Dalam entri ini, saya akan kongsikan dengan lebih lanjut tentang kolesterol, jenis dan fungsi kolesterol, kesan dan cara-cara mengawal kolesterol.




Apa sebenarnya maksud Kolesterol?


Kolesterol adalah sejenis komponen sterol yang penting dalam metabolisme serta penghasilan hormon.

Dalam erti kata lain kalau kolesterol takde pun tak boleh. Kolesterol bergerak sekali bersama aliran darah sebagai lipoprotein. Lipoprotein ini terdiri dari lemak (lipid) yang diselaputi protein.

Kita biasa dengar tentang kolesterol yang termendap di salur darah dan mengakibatkan strok. Namun sebenarnya ketidakseimbangan kolesterol antara HDL dan LDL lebih memberi kesan kepada kesihatan kita.


Ada 2 Jenis Kolesterol


Ada 2 jenis lipoprotein yang membawa kolesterol. Satu dipanggil LDL (Low Density Lipoprotein) dan yang satu lagi dipanggil HDL (High Density Lipoprotein)

LDL ni lebih dikenali dengan 'kolesterol jahat". Jika paras LDL tinggi, ia membawa kepada masalah pengumpulan kolesterol dalam arteri.

Makakala HDL pula dikenali sebagai "kolesterol baik". Kerana ia membawa kolesterol dalam darah kepada hati, di mana hati akan menyingkirkan kolesterol dari arteri. 

Maknanya kolesterol ini penting juga bukan semuanya kita kena singkirkan.

Sel yang sihat sangat bergantung kepada HDL kerana HDL diperlukan oleh sel untuk bernafas, makan, berkumuh dan pelbagai fungsi metabolisma. Manakala LDL boleh merosakkan fungsi tersebut.


Fungsi-fungsi Kolesterol

Terdapat beberapa fungsi kolesterol di dalam badan kita. Antaranya ialah 

1. Membina dan menjaga membran sel, dengan mengelakkan pengkristalan hidrokarbon di dalam membran.

2. Membantu dalam penghasilan cecair hempedu.

3. Penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kelenjar adrenal seperti kortisol, kortikosteron dan sebagainya.

4. terlibat dalam penghasilan hormon androgen dan estrogen.

5. Menjaga "pintu pagar" sel dengan membenarkan molekul yang boleh memasuki sel dan tidak boleh memasukinya.

6. Penting untuk metabolisma vitamin larut lemak

7. Menjadi penebat kepada jaringan saraf.

8. Menukarkan cahaya matahari kepada Vitamin D.


Tahap Normal Kolesterol

Tahap kolesterol (total) yang normal lebih kurang 120 - 200mg/dll, dengan HDL melebihi 40mg/dll dan LDL kurang dari 130 mg/dll


Kesan Yang Berlaku Jika Kolesterol Bukan Di Tahap Yang Sepatutnya.

1. Strok

2. Serangan Jantung

3. Penyempitan Arteri

4. Darah Tidak Mengalir Dengan Baik


Cara-cara Mengawal Paras Kolesterol


1. Mengawal Diet - Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak tepu seperti makanan diproses. Oleh kerana ambillah makanan yang sebenar dan lemak yang berkualiti.

2. Perbanyakkan Aktivit Fizikal - Jika kita kurang bergerak atau kurang melakukan aktiviti fizikal, peluang untuk kita memiliki kadar LDL yang lebih tinggi dari HDL adalah lebih tinggi. Maka, banyakkan aktiviti fizikal seperti naik turun tangga, bersenam, berbasikal dan sebagainya.

3. Menurunkan Berat Badan - Orang yang mempunyai masalah berat badan terutamanya yang menghadapi masalah obesiti berisiko untuk memiliki kadar LDL yang lebih tinggi.


Bagaimana Shaklee Boleh Membantu Anda?

Jika anda mengalami masalah kolesterol tinggi atau terlalu rendah dan sedang dalam rawatan doktor, sila rujuk kepada doktor anda terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang suplemen.

Pengambilan suplemen Shaklee yang konsisten dan mengamalkan tips seperti di atas, boleh membantu anda. Ingat suplemen bukanlah ubat magik yang boleh menjadikan anda sihat sekelip mata.


Lecithin

Lecithin terkenal sebagai pelarut kolesterol. Ia membersihkan plak-plak di dalam salur darah


Omega Guard 

EPA dan DHA menurunkan kadar kolesterol jahat LDL


Garlic Complex

Garlic merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah

Berita baik bulan ni Lecithin dan Mealshake ada promo beli 3 Percuma 1. Jangan lepaskan peluang ini Melashakes juga sangat bagus untuk anak-anak yang tengah berpuasa. Hubungi 010-2995619







Labels: