Tip Elak Muntah Dan Loya Semasa Kehamilan


Ramai yang mengalami masalah alahan semasa trimester pertama kehamilan seperti loya, muntah, pening kepala. Situasi ini biasanya berlaku apabila bangun dari tidur pada awal pagi. Ada juga yang mengalaminya pada waktu petang dan ada juga sesetengah ibu yang mengalami alahan sehingga bersalin.




Jika alahan yang dialami terlalu teruk sehingga apa yang dimakan dimuntahkan semula, bayi berkemungkinan kurang mendapat zat pemakanan yang tentu sahaja sangat diperlukan untuk perkembangannya. Ibu yang mengalami alahan berkemungkinan akan mengalami dehidrasi yang biasanya menyebabkan rasa pening, dahaga dan membuang air kecil dalam jumlah yang sedikit.

Amat penting seorang ibu yang mengandung memilih makanan yang sihat kerana bayi memerlukan zat makanan sepanjang tempoh kehamilan. Sebaiknya ibu yang mengandung mengambil jumlah makanan yang sedikit sebanyak enam kali sehari berbanding 3 kali sehari dengan jumlah yang banyak.

Makanan berkhasiat juga perlu mengandungi serat yang tinggi. Ia membantu memberi rasa kenyang yang lebih lama. Tapi jangan mengambil makanan yang mengandungi serat secara berlebihan kerana ia menyebabkan masalah kembung dan lebihan angin dalam badan.

Pelbagaikan pengambilan makanan seharian bagi memperolehi semua keperluan zat makanan yang diperlukan oleh ibu dan bayi.


Makanan yang perlu dimakan sepanjang tempoh kehamilan ialah 

1. Buah-buahan dan sayur-sayuran
Sebaiknya makan lima hidangan sehari termasuklah menjadikannya sebagai snek, jus ataupun salad

2. Makanan berkanji seperti roti, nasi, pasta dan ubi kentang. Disamping itu perbanyakkan juga mengambil bijirin penuh seperti gandum penuh.

3. Makanan berprotein tinggi seperi daging, ayam, ikan, telur dan kekacang. Ibu yang hamil juga digalakkan makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

4. Makanan berkalsium tinggi seperti susu, yogurt dan keju.

5. Makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia juga mengelakkan masalah sembelit yang sering dialami oleh ibu yang mengandung.


Tip Elak Muntah Dan Loya Semasa Kehamilan





1. Sebaik sahaja bangun dari tidur , makan biskut tawar (cracker) ia akan membantu menyerap asid perut dan menyimpan tahap gula dalam darah daripada menjadi terlalu rendah. Selepas itu berehat sebentar dalam 15 minit sebelum bangun dari katil.


2. Cuba amalkan makan dengan hidangan atau kuantiti yang sikit setiap 2 jam, untuk mengelakkan perut kosong dari terisi dengan asid yang boleh mencetuskan loya.

3. Sentiasa mengambil snek yang berkhasiat seperti buah-buahan segar, buah-buahan kering, biskut, yogurt dan lain-lain diantara sela waktu makan utama.

4. Cuba elakkan dari mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng dalam jumlah yang baik. Bak kata orang tua-tua, rasa sikit jangan sampai kempunan :)

5. Elakkan makan makanan yang tengah panas kerana makanan yang panas mengundang bau yang boleh menyebabkan anda loya.

6. Elakkan mengambil minuman yang mengandungi kafein secara berlebihan dan merokok.

7. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk menggantikan bendalir yang hilang. Nak mudah sediakan air kosong dalam botol yang ada penanda aras.

8. Elakkan minum air yang banyak semasa makan, sebelum makan dan selepas makan.

9. Legakan perut dengan makanan yang mengandungi halia untuk mengurangkan rasa mual.

10. Minuman berperisa masam yang mengandungi lemon atau limau boleh diminum jika anda tidak berselera untuk minum air kosong.

11. Jangan tidur dalam keadaan yang lapar kerana apabila anda terjaga diwaktu malam ia mengundang rasa loya atau muntah.

12. Ambil vitamin pra-kehamilan anda selepas makan atau sebelum tidur. Set Kehamilan Shaklee adalah yang terbaik kerana ia adalah selamat, berkesan dan semulajadi.



Ingin maklumat lanjut Set Kehamilan Shaklee sila klik HAMIL.

Labels: