Primaland Port Dickson Resort & Convention Centre


Memandangkan minggu hadapan ialah cuti sekolah sepatutnya entri ni dah lama Kak Arni nak kongsikan tapi disebabkan terlalu banyak agenda yang perlu diselesaikan entri dah tertangguh ewah :)




Primaland Port Dickson Resort & Convention Centre of coz la terletak di Port Dickson cuma ia agak jauh dari bandar Port Dickson. Kami pilih Primaland kerana tertarik dengan Taman Tema yang agak besar, anak-anak memang suka pool. Sudah semestinya bila kita bercuti bersama anak-anak keselesaan mereka diutamakan. As long as mereka happy kita pun happy .. betul betul. Pemandangan dari dalam bilik.




Kami memilih Family Standard Room, boleh rujuk sini untuk booking atau pilih mana-mana dari Agoda, Booking untuk kekosongan dan review harga. Family room ni memang sesuai untuk kami yang mempunyai anak-anak remaja. Ia ada 2 bilik, 2 bilik air ok la takde lah berebut kan. 1 bilik ada katil queen dan 1 bilik lagi ada 2 katil single. Harga bilik termasuk dengan harga tiket untuk masuk taman tema. Jangan terkejut dengan keadaan bilik tidak setanding dengan harga yang kita bayar. Kak Arni kurang suka dengan udara/bau dalam bilik ni haha.







Hari pertama, aktiviti berkubang sampai kecut jari kaki tangan, dah kata nak main dalam air kan. Mainlah puas-puas. Kebetulan pulak maskot ni berjalan-jalan sekitar taman, kita ambil peluang bergambar. Anak kak Arni siap tanya mana Elsa dan Anna sebab ada Mickey Mouse, dia ingat semua watak Disney ada kut. Ada rezeki kita pergi Disneyland ya Sarah :)





Gambar kat pool memang tak banyak sebab tukang ambil gambar pun berendam sama, best tau main slide yang tinggi tu. Tetiba jadi kanak-kanak riang bila lagi kan nak bergurau senda dengan anak-anak.

Dah main pool mesti perut kelaparan kan, so malam tu kami decide mencari seafood alang-alang dah tepi pantai kan. Kami ke medan ikan bakar, habis licin semua makanan yang diorder Alhamdulilah masing-masing dah kenyang. On the way balik ke hotel ada Funfair, singgahlah sebentar kata nak  berjalan-jalan kan takkan nak duk terperap kat hotel, lain la pergi Honeymoon hehe.


Keesokkan harinya bagi peluang lagi pada anak-anak untuk berendam dalam pool, check out pukul 12pm. Sebelum balik kami singgah pantai PD jalan-jalan cari makan. Melihat keindahan laut dengan panas terik membahang, makan minum di gerai tepi pantai alas tekak namanya :)



Sempatlah juga masing-masing bermain di sini.



Sebelum bertolak balik kami singgah Muzium Tentera Darat, banyak yang kita boleh belajar di sini. Antaranya perjuangan askar-askar melayu menentang komunis. Anak-anak pun secara tak langsung  belajar sejarah di sini.






Semoga perkongsian ini memberi idea ke mana kita nak bawa anak-anak berjalan semasa cuti sekolah. Port Dickson sangat sesuai bagi kita yang duduk KL sebab tak jauh, ada banyak hotel, apartment pilih sahaja ikut budget kita, ada juga yang memilih untuk berkhemah di tepi pantai terpulang pada keselesaan kita dan anak-anak.

Yang paling penting semasa pergi bercuti jangan lupa bawa vitamin Shaklee dan perfume Dexandra :)