Resepi Ikan Dalam Pantang Supaya Luka Cepat Sembuh


Bila tengah berpantang samada normal atau caeserean memang kena jaga makan, supaya luka cepat sembuh, ibu kembali bertenaga dan baby dapat menyusu hingga kenyang.


Pemilihan jenis ikan juga penting supaya luka cepat kering, tempat luka tidak gatal dan baby juga tidak mengalami kegatalan.


Kak Arni akan kongsikan 2 jenis resepi ikan dalam pantang. Mereka yang tengah diet pun boleh makan resepi ni :)


Salmon Panggang Berlada Hitam




Bahan-bahan

Sekeping salmon bersaiz sederhana
1 sudu teh lada hitam (buat permulaan guna sedikit sahaja)
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
Sekeping karajang timah untuk membalut ikan

* Selain salmon boleh guna ikan berdaging putih contohnya tenggiri, jenahak, ikan merah, kerisi


Cara-caranya

1. Bersihkan salmon
2. Tumbuk kasar lada hitam (lebih mudah beli yang serbuk) , halia dan bawang putih, lumurkan pada ikan tersebut  bersama garam.
3, Perapkan kira-kira satu jam sebelum dibungkus dalam kerajang timah, dipanggang dalam kuali hingga masak.


Info

Ikan salmon ikan laut sejuk ini mempunyai kandungan Omega 3 dan DHA yang tinggi yang menjadikan susu badan anda berkualiti disamping kaya dengan protein untuk membina semula tisu badan yang rosak ketika bersalin.

Bagi yang tidak suka makan ikan, boleh dapatkan Omega 3 dan DHA dari Omega Guard Shaklee dan Protein dari ESP Shaklee.


Ikan Singgang Halia

Bahan-bahan

Seekor ikan selar bersaiz sederhana
2 inci halia
4 ulas bawang putih
1 cawan air
Garam secukup rasa


Cara-caranya

1. Bersihkan ikan selar
2. Mayang halus halia dan bawang putih yang telah dibuang kulit
3. Kemudian masukkan ikan ke dalam periuk diikuti dengan halia, bawang putih, air dan garam secukup rasa.
4. Reneh kita-kira selama 30 minit dengan api yang perlahan sebelum dinikmati.


Info

Halia di dalam masakan akan bertindak membuang angin di dalam badan dan menjadikan anda berasa lebih segar dan cergas.

Selamat mencuba resepi dan ibu kembali sihat dan bertenaga.

Bagi yang mencari vitamin dalam pantang boleh klik SINI

Labels: