Kesilapan Dan Punca Sukar Hamil




Kehadiran cahayamata sering ditunggu-tunggu oleh pasangan yang baru berkahwin, bersyukurlah anda dikurniakan zuriat pelengkap rumahtangga anda. Bagaimanapun tidak semua pasangan bertuah dikurniakan rezeki daripada Allah. Ada yang didiagnosis sihat serta tiada masalah tentang kesuburan. Bersabarlah, InshaaAllah ada rezeki yang menanti untuk anda.


Dalam entri kali ini saya akan kongsikan antara kesilapan dan punca sukar hamil yang dialami oleh pasangan yang belum dikurniakan zuriat. Tanpa kita sedari, tabiat dan gaya hidup seharian merupakan punca sukar hamil. Mengubahnya kepada yang positif, mana tahu selepas ini anda memiliki zuriat sendiri!.


# 1 - Penggunaan Gel Pelincir


Tahukah anda penggunaan gel pelincir yang salah semasa mengadakan hubungan intim boleh mengurangkan peluang anda untuk hamil. Terdapat alternatif yang boleh digunakan untuk menggantikan gel pelincir iaitu telur putih, ia mempunyai fungsi yang sama seperti gel pelincir dan dikatakan telur putih lebih mesra sperma.


# 2 - Simpanan Sperma / Sperma Saving


Dengan mengelakkan hubungan intim selama sebulan kecuali sekitar masa subur ia dapat menjimatkan sperma, ianya adalah SILAP. Sebaliknya lebih banyak akan terhasil sewaktu memerlukannya! Ia juga adalah kesilapan yang besar.


Memang benar jika menyimpan sperma, anda mungkin mempunyai lebih banyak sewaktu diperlukan. Tetapi kebanyakkan sperma itu sudah lemah dan lembap serta tidak mampu mensenyawakan telur wanita.


Dalam usaha untuk meningkatkan peluang untuk hamil penting untuk memastikan sperma yang segar. Ini bererti pasangan anda harus ejakulasi paling tidak setiap lima hari sepanjang bulan. Semakin menghampiri masa ovulasi, tiba saatnya untuk meningkatkan frekuensi hubungan intim bagi meningkatkan peluang anda hamil.


# 3 - Vitamin C

Vitamin c sememangnya bagus untuk meningkatkan kesuburan, ia memperbaiki cecair serviks anda. Cecair ini berfungsi mengangkut sperma ke dalam serviks dan ke rahim. Di mana ia berjumpa dengan telur.


Tanpanya sperma tidak mampu hidup lebih lama. Tetapi mengambil terlalu banyak Vitamin C boleh memberi kesan buruk, terlalu banyak makan Vitamin C boleh menyebabkan kekeringan cecair serviks, seterusnya mengurangkan peluang untuk hamil. Dinasihatkan agar mengambil tidak lebih daripada 1,000mg Vitamin C setiap hari. Untuk makluman Vitamin C Shaklee sebiji adalah 500mg.


# 4 - Stres Atau Tekanan


Ia juga sering dikaitkan antara punca sukar mengandung. Tahukah anda dengan memberi komen "relaks la" ia menambahkan lagi tekanan kepada penerimanya.


Dalam kajian baru-baru ini, wanita  disarankan melakukan "terapi ketawa" yang mempunyai peluang tinggi untuk mengandung. Peruntukan masa sekurang-kurangnya 15 minit sehari (lebih lagi bagus) melakukan aktiviti yang boleh membuatkan anda ketawa. Awas bukan ketawa mengilai ditengah malam ya, nanti orang lain akan sangsi dengan anda.

Percaya atau tidak. ia jauh lebih berkesan berbanding memaksa diri untuk bertenang. Cubalah ya anda akan rasa perbezaannya.


# 5 - Makanan Mengganggu Kesuburan


Pastikan anda mengetahuinya, pada kebiasaannya wanita hamil akan berhati-hati dengan pengambilan makanan tetapi tidak bagi wanita yang ingin hamil.


Jauhkan ikan yang mengandungi merkuri yang tinggi. Apabila anda hamil dan mengetahuinya dua minggu selepas lewat kedatangan haid, bayi sudahpun terdedah dengan apa yang dimasukkan ke dalam badan dalam tempoh itu.


Merkuri tersimpan dalam saluran darah apabila diambil terlalu banyak menerusi makanan, kemudian disalurkan kepada bayi di dalam rahim. Terlalu banyak merkuri boleh memberi kesan kepada sistem saraf bayi  yang belum lahir.


Ikan tuna di dalam tin mengandungi paras toksik merkuri yang tinggi, Anda perlu menjauhi ikan yu, ikan todak, raja tenggiri, tile fish (juga dikenali golden atau white snapper), stik tuna (segar atau beku), mackerel Sepanyol dan kerapu kerana semua ikan ini mengandungi paras merkuri yang tinggi. Tetapi jangan elak semua ikan, kerana ikan kaya dengan protein, Vitamin D dan asid lemak omega 3 yang bagus untuk diet sihat.


# 6 - Minuman Berkafein





Minuman berkafein sering dikaitkan dengan kesuburan wanita. Sesetengah kajian mengatakan ia dan sesetengah lagi tidak. Namun kini kajian mengatakan dengan secawan kopi sehari sudah cukup mengurangkan peluang  sehingga 50% wanita untuk hamil dalam tempoh masa 12 bulan.


Walaupun perdebatan minuman kafein masih belum selesai, Dr Mark Leondires MD Pengarah Perubatan di Reproductive Medicine Associates of CT menggalakkan pesakitnya berada dipihak yang selamat dengan menjauhi minuman berkafein ketika mencuba hamil.


# 7 - Ubat-ubatan Yang Mesti Dijauhi Lelaki


Apabila sedang mencuba untuk hamil, suami dan isteri perlu menjauhi sebanyak mungkin ubat-ubatan yang diambil sebagai rutin harian.


Dan ini biasanya dihidapi oleh lelaki seperti Tagamet untuk merawat ulser, masalah gastrointestinal dan jangkitan salur kencing dan ubat-ubat mengawal keadaan kronik seperti tekanan darah tinggi, penyakit pembengkakan usus atau gout mempunyai kesan buruk pada pengeluaran sperma seterusnya kesuburan.


Tahukah Anda?


Set produk Shaklee turut merangkumi Set kesuburan dalam membantu masalah kesuburan lelaki dan wanita.


Set Kesuburan Shaklee mengandungi Set Asas iaitu Vitalea, B Complex dan Vitamin C.


Set Kesuburan Untuk Lelaki Vitamin E dan Zinc


Set Kesuburan Untuk Wanita Alfalfa dan GLA


Promosi GLA Shaklee beli 6 percuma 1 masih berlangsung sepanjang Ogos. Inginkan keahlian Shaklee percuma? Hubungi saya dengan segera.

Labels: