Ketuk Ketuk Aidilfitri iReach 2014

11 Ogos 2014, Isnin



Gambar ihsan Google



Alhamdullilah kami diberi kesempatan lagi untuk berjumpa, bermesra di dalam majlis meriah yang dipanggil Ketuk Ketuk Aidilfitri 2014 di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam anjuran grup besar kami iReach dinaungi Master Lyna dan Master Zainul. Di dalam grup Shaklee kami, bukan sekadar mencari duit...duit , sales..sales akan tetapi kami juga digalakkan juga bersilaturrahim sesama kami, malahan ukhuwah sesama kami juga mesra walaupun sebelum ini hanya berkenalan melalui alam maya.





Lihat sahaja gambar berikut, majlis yang dipenuhi SID Shaklee terdiri dari pelbagai rank bersama-sama dengan suami dan anak-anak, kalau diikutkan ini tidak sampai suku sahaja dari keluarga besar kami, kalau semua ada tidak cukup ruang dewan.



IReach Grup Yang Hebat




Saya dan Master Lyna


Gambar di atas ialah saya bersama dengan Master Lyna, sifu saya dalam perniagaan Shaklee. Beliau banyak membimbing kami untuk berjaya dalam perniagaan Shaklee sungguhpun beliau muda dari saya tapi ilmu yang dicurahkan kepada saya amat-amat berguna untuk saya praktikkan dalam perniagaan Shaklee. Segala ilmu yang disampaikan kepada saya akan saya sampaikan kepada anak cucu cicit saya dalam grup khas kami. Ilmu ini akan sentiasa berpanjangan dan sentiasa diberi nafas baru seiring dengan peredaran teknologi.


Antara kelebihan menyertai grup Shaklee kami, anda akan diajar dan dibimbing  ilmu pemasaran, ilmu tentang produk , ilmu SEO, amalan rohani dan pelbagai ilmu yang mungkin anda tidak perolehi dari mana-mana grup yang lain. Dan yang menariknya hampir semua diajar secara online.


Bukan itu sahaja dengan yuran ahli sebanyak RM75 seumur hidup dan tidak perlu simpan stok bawah katil sampai beribu-ribu RM maka menyertai Shaklee untuk menambah pendapatan adalah satu pilihan yang bijak. Kami menawarkan peluang kepada semua terutama  surirumah dan pelajar untuk sama-sama mengambil peluang menjalankan perniagaan Shaklee dan membantu meningkatkan ekonomi keluarga tanpa keluar rumah atau berjumpa dengan orang ramai sehingga lewat malam.


Terlalu banyak untuk saya ceritakan manfaat yang anda boleh perolehi jika menyertai Shaklee dengan saya, bukan sahaja kesihatan anda, keluarga dan mereka sekeliling anda mendapat manfaat malahan anda boleh meningkatkan ekonomi keluarga dan membantu umat Islam yang lain.


Nak menjadi ahli Shaklee?

Hubungi saya 

Email : arnisyazila@gmail.com
whatsapp : 010-2995619


Promosi GLA Shaklee beli 6 percuma 1 masih berlangsung sepanjang Ogos 2014? Inginkan keahlian percuma? Hubungi saya dengan segera.






Labels: