Menu Makanan Untuk Anak ADHD



Menu Berkhasiat Untuk Anak ADHD


Entri kali ini saya akan kongsi pemakanan yang sihat untuk anak ADHD. Apa tu ADHD? ADHD (Attention Deficit and Hyperactivity Disorder) atau Kecelaruan Tingkah Laku yang sering terjadi kepada kanak-kanak. Antara tanda-tanda ADHD ialah


Kurang Tumpuan

Hiperaktif

Masalah Mengawal Tingkah Laku


Pemakanan berkhasiat dan berkualiti penting untuk tumbesaran anak-anak agar mereka dapat membesar secara normal. Kekurangan zat makanan bukan sahaja menjejaskan tumbesaran tetapi turut menyumbang kepada gangguan konsentrasi dan kecerdasan kanak-kanak. Mereka juga berpotensi untuk menjadi terlalu aktif. Berikut adalah cadangan diet harian untuk anak-anak anda.


# 1 - Zat Besi


Antara zat yang diperlukan dalam menu makanan untuk anak ADHD ialah zat besi.
Zat besi diperlukan untuk menghasilkan darah merah bagi mengangkut oksigen dalam darah dan menyalurkannya ke dalam sel-sel tubuh. Kanak-kanak yang kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia, lesu, gelisah dan ADHD.


Kanak-kanak yang ada masalah Anemia cepat bosan dan kurang bermotivasi dalam tugasan yang mencabar intelektual. Untuk memastikan anak-anak cukup zat besi, hidangkan mereka dengan bijirin yang diperkaya dengan zat besi untuk sarapannya.


Dalam menu hariannya pula, pastikan ibu menghidangkan daging merah, ayam dan ikan tuna sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Pastikan juga anak-anak mengambil banyak sayuran hijau, brokoli dan kekacang.


# 2 - Asid Lemak


Nutrien yang diperlukan oleh kanak-kanak bukan sekadar untuk tumbesaran fizikal tetapi juga perkembangan minda.  Otak dan sel saraf mengandungi asid lemak tak tepu berantai panjang  (LCPs) yang sangat tinggi. Asid dokosaneksanoik (DHA) dan Asid arakdonik (AA) merupakan LCPs yang utama.


DHA merupakan komponen struktur utama dalam  tisu otak dan retina mata. Komponen ini penting khususnya dalam tempoh 2 tahun pertama dan peringkat awal kanak-kanak kerana ketika ini otak dan mata mengalami perkembangan yang pesat. Manakala AA hadir dalam membran sel tubuh yang diperlukan untuk penghantaran mesej disepanjang saraf dan fungsi ingatan yang normal.


AA juga penting dalam perkembangan penglihatan, keupayaan belajar dan koordinasi. DHA dari AA diperlukan untuk perkembangan otak. Oleh itu berilah anak anda makanan yang kaya dengan DHA dan AA seperti minyak ikan tuna untuk perkembangan mata dan otak yang optimum serta merangsang proses pembelajaran yang lebih baik.


# 3 - Asid Folik



Asid Folik dianggap sebagai makanan otak. Asid ini penting untuk pembentukan dan kematangan sel-sel darah merah dan putih. Kanak-kanak yang kekurangan asid folik akan cepat letih, bersikap tidak peduli dan pelupa.


Untuk mengelakkan masalah ini terjadi kepada anak-anak anda, berilah dia makanan yang mengandungi asid folik seperti barli, daging lembu, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, susu, cendawan, sayur berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin.


# 4 - Vitamin B Kompleks



Vitamin B Kompleks adalah kombinasi 8 vitamin B  iaitu Thamin (B1), Riboflavin (B2), Niacin (B3), Pantothenic Acid (B5), Pyridoxine (B6), Cyanocobalamin (B12), Biotin (B7) dan Asid Folik (B9).


Vitamin-vitamin ini berfungsi untuk memperbaiki aktiviti saraf dan mengurangkan tekanan yang sememang sangat bermanfaat bagi kanak-kanak ADHD. Sumber makanan yang kaya dengan Vitamin B ialah hati, bijirin, nasi, kekacang, susu, telur, daging, ikan, sayuran hijau dan buah-buahan. Pastikan makanan yang disenaraikan ada di dalam menu harian anak-anak anda.


# 5 - Kalsium



Berilah anak anda minum susu dan makan banyak sayur-sayuran. Seperti yang kita sedia maklum, kalsium membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat dan kuat. Kalsium juga turut menyokong sel-sel membran dan membantu sistem saraf terutamanya dalam penghantarangerak hati (impulse) yang boleh mengawal tingkah laku kanak-kanak ADHD.


Susu dan produk tenusu merupakan sumber utama kalsium. Kalsium juga boleh didapati dalam sayuran hijau dan bijirin.



Link Berkaitan


Sarapan Berkhasiat Untuk Otak


Menu Keperluan Pemakanan Anak-Anak


Vitamin cadangan untuk melengkapkan makanan harian yang boleh diambil anak-anak yang sedang membesar ialah Omega, Mealshakes, Performance Drink dan Vitamin C Chewable.


Promosi GLA Shaklee beli 6 percuma 1 masih berlangsung. Inginkan keahlian percuma? Hubungi saya dengan segera.





Labels: