Khasiat Dan Kelebihan Buah Naga Atau Dragon Fruit


Kalau tengok pada rupanya luar dan dalam seperti menakutkan, warna merah jambu yang gelap seperti ada pewarna sedangkan buah naga atau dragon fruit merupakan buah yang mengandungi anti oksidan yang tinggi. Di dalamnya terkandung pelbagai zat yang baik bagi tubuh seperti kalsium, betakaroten, gula sederhana, vitamin B1, B2, B3, Vitamin C , fosfor dan lycopine.





Khasiat Dan Kelebihan Buah Naga Atau Dragon Fruit


1) Menurunkan kadar gula dalam darah dan mencegah Diabetes

Buah naga merah mengandungi kandungan gula yang sederhana dan sangat bagus dimakan oleh pesakit diabetes. Kajian menunjukkan dengan memakan buah naga dapat mengawal kadar glukosa di dalam darah.

2) Melancarkan Sistem Pencernaan Dan Menyihatkan Jantung

Buah naga merah mengandungi serat alami yang tinggi. Serat sangat bagus untuk melancarkan sistem pencernaan yang bermasalah. Bagi mereka yang sedang diet juga digalakkan memakan buah naga merah. Fiber atau serat berfungsi sebagai zat yang melawan dan mencegah penyakit seperti serangan jantung, strok dan gangguan kardiovaskular. Kandungan betakaroten dalam buah naga merah membuat Vitamin A bekerja dan memperbaiki penglihatan.


3) Meningkatkan Selera Makan

Kandungan Vitamin B1 dan B2 dalam buah naga merah boleh membantu meningkatkan selera makan bertambah. Terutamanya bagi mereka yang dalam proses penyembuhan dari sakit.


4) Meningkatkan Sistem Imun

Kandungan Vitamin C yang tinggi dalam buah naga boleh meningkatkan sistem imun badan kita terutamanya ketika musim panas hujan yang tidak menentu serta jerebu.


5) Memperkuatkan Tulang Dan Gigi

Kandungan fosfur dan kalsium pada buah naga sangat baik untuk memperkuat tulang dan gigi. Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa tulang dan gigi memerlukan kalsium yang cukup agar tulang dan gigi kita sihat.


6) Merawat Kesihatan Kulit

Antara lain manfaat buah naga ialah untuk merawat kesihatan kulit. Vitamin C yang terkandung dalam buah naga merah juga digunakan untuk perawatan kulit. Iaitu dengan cara dibuat menjadi masker. Caranya adalah kupas kulit buah naga dan ambil isinya, kisarkan hingga halus. Masukkan ke dalam mangkuk, ambil airnya lalu diratakan ke seluruh muka. Ia juga berperanan menghilangkan jerawat dan bekas jerawat


7) Awet Muda

Buah naga mengandungi antioksidan yang tinggi sehingga mampu melambatkan proses penuaan. Kandungan zat di dalam buah naga akan mengeluarkan racun dengan efektif.


8) Menurunkan Kadar Kolesterol Darah

Kandungan zat dalam buah naga berfungsi untuk menurunkan kadar kolesterol tubuh badan. Dengan mengamalkan makan buah naga secara teratur maka akan membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan melancarkan peredaran darah.


9) Mengandungi zat yang baik untuk tubuh badan

Di dalam buah naga terkandung pelbagai zat yang baik bagi tubuh seperti kalsium, betakaroten, gula sederhana, Vitamin B1, B2, B3, Vitamin C, fosfur dan lycopine. Zat-zat tersebut sangat diperlukan oleh tubuh badan.


Bagi peminat buah naga atau dragon fruit, kini anda boleh menikmati dengan rasa yang lagi menyegarkan iaitu Celebrity Yogurt Dragon Fruit.




Ada Dragon Fruit sahaja ke ... eh taklah ada Mango, Banana, Honey Dew dan Strawberry. Harganya memang mampu milik. 4 botol ni harganya cuma RM30, sebotol RM7.90. Kalau uolls nak Strawberry harganya ialah RM8.90 sebotol.






Kat mana ya nak beli Celebrity Yogurt? Jangan risau hubungi saya 010-2995619. Nak jadi Sub-Agen sangat-sangat dialu-alukan terutama mereka dari kawasan TTDI Jaya, Bukit Jelutong, Seksyen U9 dan Seksyen U10 Shah Alam.

Labels: , , ,