Tip Mengatasi Rasa Marah Dalam Islam





Kita selalu dengar perumpamaan, jangan marah-marah nanti cepat tua. Secara automatik apabila dengar ucapan tersebut, kemarahan kita akan reda. Hmm tapi betul ke makin cepat tua.

Tahukah anda bahawa mereka yang selalu memendam kemarahan mereka boleh meningkatkan hormon tekanan yang seterusnya meningkatkan darah dan merosakkan dinding arteri. Malah kajian daripada Institusi Kesihatan dan Penyelidikan dari Sweeden menunjukkan mereka ini juga berisiko untuk diserang ancaman jantung berbanding mereka yang melepaskan kemarahan.

Nampak tak kesannya kalau kita asyik nak marah je, nak pergi kerja marah, masa kerja marah, balik kerja marah, balik rumah anak tanya sikit marah. Takkan nak biarkan je marah menguasai kita, betul tak?




Tip Mengatasi Rasa Marah Dalam Islam





1. Ubah Posisi Duduk

Apabila kita sedang marah atau rasa nak meletup kemarahan itu ubahlah posisi kedudukan kita. Contohnya apabila kita sedang berdiri eloklah kita duduk supaya kemarahan kita cepat reda.


2. Ambil Wudhu

Berwuduk merupakan salah satu cara untuk menghilangkan kemarahan. Sebab marah itu seperti api dan wudhu itu sebagai air penyiramnya.

3. Meminum Air

Meminum air juga boleh meredakan rasa marah. Apabila kita minum air kita akan rasa lebih lega dan badan kita juga dapat oksigen.

4. Berdiam Diri Apabila Marah

Berdiam itu adalah lebih baik. Apabila kita berdiam, kita boleh kawal kemarahan kita dalam masa yang sama kita sentiasa istighfar di dalam hati.  Dengan berdiam, kita juga dapat mengawal kata-kata kita dari mengeluarkan perkataan yang kesat.

5. Bertenang dan Tarik Nafas Dalam-dalam

Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam kerana ia bagus untuk menghilangkan rasa marah. Dengan menarik nafas dalam-dalam kita dapat mengumpul oksigen ke otak. Fikiran kita akan rasa lebih segar dan dapat menyelesaikan masalah dengan lebih efektif.


6. Bersenam

Bersenam juga mampu mengurangkan rasa marah yang sedang menggelegak tu.

Manakala penyelidik dari Jepun pula mendapati dengan berjalan-jalan setiap hari boleh mengurangkan rasa kemarahan dan tekanan darah diastolik.


Bagaimana pula kita nak menenangkan anak yang sedang marah atau mengamuk?

Kita PELUK erat anak-anak kita sambil baca Al Fatihah , bila dia dah tenang kita bagi minum air dan pujuk dia. Ya la bila dia tengah marah, kita pun menjerit, api dengan api akan jadi semakin marak. Perkara ini saya sendiri dah mengalaminya cubalah. InshaaAllah kita boleh mengajar anak mengawal kemarahan dia.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.

Labels: